Khamis, 30 Januari 2014

Jualan kereta terpakai sebagaimana yang ada


Jualan kereta terpakai sebagaimana yang ada[sunting | sunting sumber]

Hampir setiap kereta yang dijual berkeadaan sebagaimana dijual oleh pemilik terdahulu. Apa yang anda perhatikan pada kereta tersebut, sedemikianlah yang akan dijual kepada anda. Oleh demikian, pembeli seharusnya membuat kajian terlebih dahulu[1] sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli kereta. Sesetengah negara pula mempunyai peruntukan undang-undang tertentu bagi melindungi hak-hak pembeli daripada tertipu. Contohnya, terdapat undang-undang yang menyediakan ruang waktu di mana pembeli mempunyai hak untuk memulangkan barangan atau mewajibkan jaminan atas kereta.
Sesetengah pembeli seperti dari Amerika Syarikat, membeli rekod sejarah kereta terpakai sebelum membuat keputusan. Rekod ini merupakan cara yang murah untuk menyemak butiran kereta bagi mengelakkan dari tertipu.
Kebangkitan penggunaan internet telah menyemarakkan kewujudan maklumat kereta dan juga harga. Maklumat ini dahulunya hanya dapat diperolehi daripada surat khabar atau majalah-majalah. Sumber maklumat internet daripada pelbagai halaman dengan senarai spesifikasi dan harga yang berbeza membolehkan pembeli membuat keputusan yang lebih tepat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan